Pre Order | Anastasia II : A Tale Of Crimson
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk : Anastasia II : A Tale of Crimson
Penulis : Mellyficent
Sinopsis :
Kesinambungan dari Anastasia A Tale of Esmeralda, selepas sahaja Edward melarikan diri dari empayar Arlustria, Anastasia ditinggal sendiri tanpa alasan yang nyata. Bagai ditikam sukma tidak berdarah, Anastasia pergi membawa duka.
Peperangan terpecahkan, kini api telah menelan bumi Arlustria. Arlustria telah kehilangan rajanya, Edward dan Anastasia juga telah kehilangan takhtanya.
Anastasia bersama penduduk muslim Evasia mengangkat bilah pedang cuba menuntut kemenangan di medan perang.
Walaupun tanpa seorang suami di sisi, Anastasia yakin dia bisa menuntut bela tanah Arlustria.
Nyawa menjadi taruhan, agama menjadi pegangan. Itulah jalan jihad yang diambil seorang Anastasia, darah yang membasahi bumi menjadi saksi nilai kehambaannya pada Yang Esa.
Mampukah dia memenangi peperangan ini walaupun tanpa seorang Edward yang menemani? Dan ke manakah suaminya itu pergi menghilangkan diri? Siapakah yang telah membelot empayar yang gah ini? Dan… siapakah identiti sebenar si ibu tiri?
Mampukah juga seorang Anastasia menaikkan nama Islam di dalam empayar tidak bertuhan ini? Akankah alunan azan akhirnya bernaung di segenap pelosok bumi yang berpijak di tanah Arlustria, sehingga ucapan takbir tidak lagi kedengaran asing pada indera telinga.
Kisah yang dinukilkan kali ini bukan lagi berkisarkan tentang Cinderella dengan kasut kacanya, bukan juga kisah si puteri yang bertemu dengan cinta sejatinya sehingga dia menemui akhir yang bahagia di penghujung cerita. Klise, bukan?
Karna kisah yang dihikayatkan kali ini berlandaskan kisah jihad seorang hamba yang cuba menuntut bela maruah sebuah agama…
“Andai kisah dongeng Cinderella yang sering kau baca di buku cerita meraih penamat yang ‘bahagia’, kenapa tidak si kakak tiri Anastasia?”